Header Ads

Prestasi 'baik', Arul Kanda berhak dapat RM5 juta – Najib


Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berhak menerima bayaran RM5 juta.

Mengulas keengganan kerajaan melunas baki RM2.5 juta, Datuk Seri Najib Razak  berkata Arul menerima bayaran jauh lebih banyak sebelum menyertai syarikat itu, lapor Projek MM.


Loading...

“Beliau (Arul) menerima bayaran jauh lebih besar ketika bekerja di sebuah bank di Emiriah Arab Bersatu (UAE), jadi dia tinggalkan gaji besar itu untuk sertai 1MDB,” katanya.

“Kedua, Arul berjaya mengurangkan hutang daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion, jadi beliau sudah melaksanakan sebahagian tanggungjawabnya”.

Bekas perdana menteri juga menyifatkan prestasi Arul “baik” sekalipun laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menunjukkan beban hutang 1MDB masih tinggi.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan Arul dibayar RM5 juta antara Januari hingga Jun lalu dan tidak mahu membayar bakinya.



Bayaran tersebut dibuat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Siregar dengan kelulusan Najib.

No comments


Loading...