Header Ads

PH guna logo PKR buat kali terakhir di Sungai Kandis


Logo PKR akan digunakan buat kali terakhir dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis, kata naib presidennya Dr Xavier Jayakumar.

Menyifatkan logo itu simbol perubahan politik negara, beliau berkata keputusan tersebut berikutan Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan logo Pakatan Harapan (PH), lapor Malay Mail hari ini.


Loading...

“Pendaftar Pertubuhan telah membenarkan kita guna logo PH dan kita akan kita akan menggunakan simbol PH untuk semua pilihan raya kecil di negara ini bermula dari sekarang,” katanya.

“Ini bermakna simbol PH akan digunakan dalam pilihan raya kecil Balakong dan Seri Setia”.

Menteri air, tanah dan sumber asli mengangggap PRK di Sungai Kandis sebagai “nostalgia” kerana logo itu digunakan untuk kali terakhir dalam pilihan raya kecil.

Proses mengundi di Sungai Kandis berlangsung hari ini. Calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni bertanding dengan calon Umno Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas K Murthy.

No comments


Loading...
loading...