Header Ads

Perdana Menteri sertai solat hajat mohon jauhi negara daripada HFMD di Masjid Putra


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama ribuan jemaah lain menyertai solat Jumaat dan solat hajat bagi memohon supaya penularan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) reda dan tidak berpanjangan di Masjid Putra di sini hari ini

Solat tersebut yang dipimpin oleh Imam Masjid Putra, Shamsul Bahari Dahlan yang sebelum itu turut membacakan khutbah bertajuk Tanggungjawab Pemeliharaan Alam Sekitar yang meminta supaya umat Islam di negara ini menjaga alam selaras dengan tuntutan agama Islam, lapor Kosmo hari ini.

Loading...


Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan umat Islam mengadakan solat hajat berikutan penularan penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak yang semakin serius.

Sehubungan itu, Jakim mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat hajat.

No comments


Loading...