Header Ads

'Najib, P. Ramlee pun guna kepala bapak’


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer memjelaskan maksud perkataan ‘kepala bapak’ yang digunakannya sebagai tidak masuk akal atau ‘nonsense’.

Rayer turut menyebut dalam filem Seniman Agung P Ramlee juga sering menggunakan perkataan ‘kepala bapak’.

Loading...

“Sebenarnya perkataan itu dalam bahasa Malaysia bermaksud ‘nonsense’ ataupun tak berasas. Kalau kita tengok filem P Ramlee dulu beliau gunakan perkataan itu (kepala bapak) banyak kali.

“Ia (kepala bapak) bukan perkataan yang biadab, kalau perkataan itu dianggap biadab... saya cuma ikut Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak saja, sebab beliau juga ada keluarkan kenyataan seperti itu. Jadi kepimpinan melalui teladanlah sebab Pekan (Najib) guna perkataan itu juga,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau tetap menegaskan perkataan ‘kepala bapak’ sebagai sesuatu yang biasa digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu.

Sebelum ini, insiden kemarahan Najib mengeluarkan bahasa kasar itu dilemparkannya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa?

“Kepala bapak kau! Tak logik,” kata Najib dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang.

Bagaimanapun Najib kemudiaannya meminta maaf menggunakan bahasa kasar dalam ucapannya.

Rayer berkata, masa Najib guna perkataan itu, Pemuda Umno dan Umno tidak buat apa-apa kenyataan pun, sebab kepala bapak bermaksud tak masuk akal.


Semalam, Rayer menerima amaran akhir daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming kerana menggunakan perkataan kesat ketika berucap di Dewan Rakyat, semalam.

Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ yang didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis.

No comments


Loading...