Header Ads

Murthy dekati penjawat awam menjelang hari terakhir


SHAH ALAM - Calon Bebas, K  Murthy menggunakan kesempatan hari terakhir kempen PRK Dun Sungai Kandis untuk mendekati golongan penjawat awam di Selangor.

Menurut Murthy, beliau menggunakan kesempatan untuk melawat beberapa agensi kerajaan di Selangor sebelum hari pengundian bertujuan mendekati dan menyelami isu penjawat awam di negeri ini.

Loading...

"Saya sudah 34 tahun dalam perkhidmatan awam dan kehadiran saya hari ini adalah untuk mendekati dan mengharapkan doa daripada mereka untuk saya esok," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, antara agensi yang sempat dikunjungi oleh Murthy adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor, Jabatan Pertanian Selangor, Jabatan Kebajikan dan Masyarakat, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa agensi lain.

Sebelum ini, kelibat Murthy dalam siri kempen PRK Sungai Kandis menjadi persoalan beberapa pihak apabila beliau tidak kelihatan turun padang dan mendekati masyarakat setempat.

Ketika ditanya mengenai kawasan lain yang terlibat dalam siri kempen beliau, Murthy enggan mengulas lanjut dan menegaskan beliau hanya bergerak secara diam bagi mendekati masyarakat di sana.


"Soal kawasan saya (turun kempen) itu, saya tak berapa kisah sebab kekangan jentera.

"Parti lain ada banyak jentera. Saya hanya buat secara diam-diam,"katanya.

Tambah Murthy, beliau berjanji akan memperjuangkan nasib penjawat awam di Selangor sekiranya rakyat memberi mandat dan memilihnya pada PRK Sungai Kandis kali ini.

No comments


Loading...