Header Ads

Muhyiddin keluar hospital tak lama lagi


SINGAPURA-  “Muhyiddin sedang pulih dengan baik dan akan dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Doakan semuanya berjalan lancar buat beliau kerana Malaysia perlukan beliau,” kata bekas Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong.

Chok Tong hari ini melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin di hospital yang beliau sedang menerima rawatan di sini.

Loading...

Dalam Facebook beliau,  Perdana Menteri Kedua Singapura itu menulis yang beliau berbual mesra dengan Menteri Dalamc Negeri Malaysia itu yang beliau sifatkan sebagai “rakan lama”.

“Kami mengimbas semula apa yang kami telah lakukan untuk memperkukuhkan hubungan Johor-Singapura semasa saya menjadi PM dan beliau Menteri Besar Johor. Saya akan berkunjung ke kediamannya, Saujana, bagi sambutan Hari Raya (durian menjadi hidangan utamanya) dan beliau akan datang ke Istana untuk jamuan malam CNY (Tahun Baharu Cina),” tulisnya.

Chok Tong mengiringi catatannya itu dengan menampilkan tiga keping gambar yang satu daripada turut merakamkan kehadiran anak Muhyiddin, Najwa, seorang penyanyi R&B.

“Anaknya turut menunjukkan kepada saya gambar kami dalam hitam putih di dalam telefon bimbit semasa dia masih kecil,” kata  Chok Tong. sebelum mengakhiri catatannya dengan huruf awal namanya GCT.

Menteri Dalam Negeri itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan ketumbuhan pada pankreas yang dikesan pada tahap awal.


Muhyiddin mengambil cuti bermula 12 Julai untuk menjalani rawatan susulan dan dijangka bekerja semula dalam masa sebulan.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri semasa Muhyiddin bercuti. - Bernama

No comments


Loading...