Header Ads

Masih ada ketua universiti 'kerja' untuk BN - Maszlee


KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan menyedari terdapat segelintir ketua akademik yang bermain politik dengan membocorkan maklumat kepada ahli politik Barisan Nasional (BN).

Mengulas dakwaan bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa beliau memberi amaran kepada beberapa naib cancelor universiti dalam mesyuarat baru-baru ini, Dr Maszlee mengesahkan pertemuan tersebut tetapi menafikan mengeluarkan amaran.

Loading...

"Pelik bagaimana dia tahu mengenai perjumpaan itu, melainkan dia mendapatkan maklumat tersebut daripada naib cancelor tertentu yang masih berkomunikasi dengan dia.

"Adakah naib canselor ini bekerja untuk Kerajaan atau Pembangkang? Ia yang harus dipersoalkan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

Dr Maszlee berkata, beliau menawarkan peluang kepada ketua akademik ini berundur secara sukarela, tanpa tindakan lanjut ke atas mereka.

Bagaimanapun jelasnya, belum ada yang menerima tawaran itu.

Terdahulu, dilaporkan kementerian menamatkan perkhidmatan lima pengerusi universiti awam lantikan politik, bulan lalu.

Universiti yang terlibat adalah Universiti Malaysia Sabah, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Lebih ramai yang bakal mengikut langkah itu, namun Dr Maszlee menjelas terdapat perubahan yang diakukan untuk menerajui agenda reformasi di institusi pengajian tinggi.


"Bukan semua yang terlibat adalah lantikan politik. Ada yang memendekkan tempoh perkhidmatan mereka sekarang supaya dapat dinaikkan ke jawatan yang lebih tinggi, dan ada yang dipindahkan ke universiti lain.

"Universiti-universiti awam memerlukan rekod yang bersih dengan muka-muka yang baharu, yang akan membuka kepada pengurusan dalam menentukan hala tuju mereka sendiri," katanya.

No comments


Loading...