KJ ‘sekolahkan’ Syed Saddiq, dibalas dengan senarai projek Umno

0
28



Pembangkang nampaknya terus memberikan saat sukar buat
menteri termuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan Khairy Jamaluddin
(BN-Rembau) mahu “menyekolahkan” menteri belia dan sukan itu di Dewan
Rakyat.

Ketika Syed Saddiq menggulung perbahasan titah diraja,
Khairy mencelah untuk menyenaraikan “pelajaran” untuk Syed Saddiq.

Terdahulu, Ahmad Jazlan Yaakob (BN-Machang) juga menegur
bahasa badan Syed Saddiq ketika ketua pemuda BERSATU itu menggelengkan kepala
tanda tidak setuju berhubung kenyataan wakil rakyat BN itu berhubung kumpulan
belia bahawa beliau “masih di sekolah ketika itu”, lapor Kinitv.

Ketika menyenaraikan pelajarannya, Khairy menyangkal
kenyataan yang dikeluarkan timbalan Syed Saddiq, Steven Sim berhubung tindakan
kementerian itu ketika pentadbiran BN, termasuk proses tender dans kandal
rasuah RM100 juta – yang kemudiannya dipastikan sebagai RM38 juta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Sebagai kenyataan media rasmi dari timbalan menteri
atau menteri, sangat penting untuk kita tepati fakta. RM100 juta (yang disebut
dalam kenyataan itu) tak tepat. Apa yang tepat adalah RM38 juta – walaupun
angka itu masih besar.

“(Tetapi) anda perlu pastikan apabila anda keluarkan
kenyataan, ia perlu gunakan fakta yang tepat – pelajaran nombor satu.”

Khairy juga membangkitkan kenyataan yang mengatakan kerajaan
BN dulu menghentikan pelan pengurusan risiko rasuah dan menjelaskan ia adalah
keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Pelajaran nombor dua – jangan membuat insinuasi
(kenyataan tersirat) yang tidak tepat,” katanya.

Beliau juga mempertahankan amalan rundingan terus dan tender
terhad ketika menjadi menteri belia dan sukan, dengan mengatakan ia mendapat
kelulusan kementerian kewangan dan melalui proses penilaian.

Beliau berkata tender terbuka tidak sentiasa memberikan
keputusan terbaik, memberikan contoh sebuah syarikat yang menawarkan sistem
teknologi maklumatnya untuk Sukan SEA tahun lalu dengan harga RM34 juta lebih
murah daripada pembida lain tetapi tidak mempunyai prestasi yang baik.

“Saya sokong inisiatif anda untuk menambahbaik
kementerian tetapi anda tidak perlu melakukannya sehingga memburukkan orang
lain, terutama dengan fakta yang tidak betul,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Menjawab celahan Khairy, Syed Sadiq menyenaraikan beberapa
tender yang akhirnya jatuh ke tangan pemimpin Umno.

Sebagai contoh, katanya, tiga kontrak berjumlah RM40 juta
bagi perolehan dan penaiktarafan kelengkapan latihan kepada sebuah syarikat.

“Apabila kita membuat due dilligence, kita dapati ia
(syarikat) bawah allahyarham ketua Umno Jelebu,” katanya.

Satu lagi contoh adalah pembinaan Pusat Kecemerlangan
Badminton Negara.

“Saya sendiri ke sana dan saya tanya, (tetapi) pihak di
sana mula-mula tak mahu maklumkan. Saya tahu apabila mereka tak nak maklumkan
pasti ada masalah.

Syed Saddiq berkata projek tersebut diberi melalui tender
terhad kepada syarikat milik ketua pemuda Umno Bandar Tun Razak.

Beliau juga membangkitkan projek Kompleks Sukan Rembau di
Negeri Sembilan yang pembinannya tidak mengikut jadual.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here