Header Ads

Ingatkan adiwira sesat tengah padang, rupa-rupanya...

Ilkay Gundogan memakai topeng muka sewaktu berlatih di padang sebagai langkah berjaga-jaga selepas menjalani pembedahan hidung. Foto Man City/Getty Images

PEMAIN Manchester City, Ilkay Gundogan memulakan latihan pra musim dengan memakai topeng muka.

Pemakaian topeng muka itu susulan pembedahan hidung yang dilakukannya.

Loading...

Pemain tengah itu melakukan pembedahan yang dirancang sejak lama, selepas skuad kebangsaannya Jerman tersingkir dari Piala Dunia, baru-baru ini.

Gundogan kembali ke Manchester City untuk latihan pra musim dengan memakai topeng muka yang dikatakan sebagai langkah berjaga-jaga.


Beliau akan mengamalkannya untuk dua minggu pertama menkelang musim Liga Perdana Inggeris. - Mail Online UK

No comments


Loading...