Gaji minimum RM1,500 akan dilaksanakan beransur-ansur, kata PM

0
22

Pelaksanaan gaji minimum RM1,500 akan dibuat secara
beransur-ansur bagi membolehkan pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sekiranya Malaysia mula membelanjakan wang
yang ia tidak ada, ia tidak elok bagi negara untuk tempoh jangka panjang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jika kita mendesak gaji minimum yang lebih tinggi, kos
pengeluaran akan meningkat dan kita tidak akan menjadi kompetitif. Kos hidup
juga akan meningkat, justeru, rakyat tidak boleh membeli apa yang mereka telah
biasa beli,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Parlimen, di
Kuala Lumpur hari ini.
Dr Mahathir sebaliknya mencadangkan gaji minimum yang
berhubung kait dengan produktiviti.
“Produktiviti perlu bertambah baik dengan gaji yang lebih
tinggi. Jika ia tidak bertambah baik, kos hidup akan meningkat dan gaji yang
lebih tinggi tidak akan memberikan anda kuasa beli tambahan,” katanya.
Pada 10 Ogos, Perdana Menteri berkata kenaikan gaji minimum
di Malaysia akan dilaksanakan secara beransur-asnur dan tidak akan ada semakan
semula gaji bagi penjawat awam sekarang kerana kerajaan perlu memberikan
keutamaan untuk membayar hutang negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Gaji minimum yang distandardkan di seluruh negara pada
RM1,500 itu adalah sebahagian daripada manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.
Ketika ini, gaji minimum di Semenanjung Malaysia ialah pada
RM1,000 di Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah dan Sarawak.
Dr Mahathir berkata keutamaan untuk menaikkan gaji minimum
akan diberikan kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.
– Bernama

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here