Header Ads

BERSATU buka cawangan di Sarawak, rasmi malam ini

MESYUARAT Jawatankuasa Cawangan Petra Jaya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipengerusikan oleh ketua cabang Affendi Jeman (pusat) yang diadakan di Kuching. - Foto: Berita Harian

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akhirnya 'diterima masuk' ke Sarawak apabila majlis penubuhan cawangan parti itu dijadualkan berlangsung hari ini.

Dijadualkan berlangsung di Bangunan Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), di sini pada jam 7.30 malam ini, majlis itu sebagai simbolik parti berkenaan menerima sokongan rakyat negeri ini, lapor Berita Harian.


Loading...

Malah, penubuhan cawangan parti itu turut dilihat mewujudkan lebih banyak pilihan kepada rakyatnya, terutama dalam kalangan Bumiputera untuk mewakili suara mereka, yang selama ini cuma bergantung kepada Parti Bumiputera Bersatu (PBB) selaku parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Walaupun BERSATU bertapak di Semenanjung, namun cawangannya dianggotai anak jati Bumi Kenyalang yang mahu berjuang membela hak Sarawak dalam lingkungan politik lebih strategik selepas kekalahan BN di peringkat Pusat.

Kemasukan BERSATU juga seiring dengan rakan komponennya dalam PH seperti DAP, PKR dan Amanah yang sudah lama bertapak di Sarawak.

Dari segi politik, BERSATU tidak mahu ketinggalan sekali gus mempengaruhi pembahagian kerusi PH sendiri, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang dijangka diadakan dua tahun lagi.

Sarawak satu-satunya negeri di luar Semenanjung yang memiliki cawangan BERSATU selepas kepemimpinan parti itu memutuskan tiada cawangannya ditubuhkan di Sabah kerana negeri itu kini di bawah penguasaan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mengisytiharkan mereka sebagai 'parti sahabat' PH.

No comments


Loading...