Header Ads

Banyak Lagi Insentif Rakyat Di Selangor Bakal Ditarik Balik


KUALA LUMPUR – Lebih banyak insentif rakyat akan ditarik balik dan pelbagai langkah yang membebankan rakyat akan dilaksanakan pada masa hadapan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sehingga kini, pelbagai alasan diberi oleh kerajaan negeri mengenai pelbagai janji pilihan raya mereka yang tidak dapat ditepati.

Loading...




Sedangkan, kata Ahli Parlimen Pekan itu, itulah asas yang mendorong pengundi memilih mereka dan kini telah diperdaya.

Justeru, rakyat di Sungai Kandis dan Selangor memerlukan pembangkang yang kuat dan seorang wakil rakyat yang berani bersuara dalam memastikan suara rakyat didengari dan hak rakyat mengikut Perlembagaan terus dipertahankan.

“Ia juga sebagai suara kepada rakyat untuk menuntut segala janji yang dibuat,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

No comments


Loading...