Header Ads

Bantuan Sara Hidup dibayar 15 Ogos


PUTRAJAYA - Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) peringkat ketiga akan dibuat mulai 15 Ogos sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pembayaran ini akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Loading...

Katanya, pembayaran BSH akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

“Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, kerajaan berharap pemberian BSH ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Perlu ditegaskan bahawa pembayaran RM1.6 bilion dibuat dalam keadaan kekangan kewangan kerana hutang kerajaan Persekutuan yang mencecah RM1 trilion ekoran skandal kewangan 1MDB dan salah urus tadbir,” katanya.

Namun, katanya, kerajaan Persekutuan terus menunjukkan komitmen untuk melaksanakan janji-janji Manifesto PH.

“Walaupun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sudah dimansuhkan, kerajaan Persekutuan masih tidak mengalami kebankrapan seperti didakwakerajaan terdahulu, sebaliknya masih mampu terus memberi BSH walaupun tanpa hasil cukai GST.


“Di samping itu, subsidi petrol sebanyak RM3 bilion telah disediakan sehingga akhir tahun ini untuk menstabilkan harga RON95 dan diesel pada tahap RM2.20 dan RM2.18 seliter walau pun harga minyak antarabangsa telah naik 42 peratus kepada AS$74 setong berbanding anggaran AS$52 setong sebelum ini,” katanya.

No comments


Loading...
loading...