Aliran tunai Felda ‘amat kritikal’, kerajaan bentang kertas putih

0
34
Azmin Ali – Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR, 9 Ogos ― Kerajaan akan membentangkan kertas
putih pada sidang Parlimen akan datang untuk mendedahkan keadaan sebenar
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta rancangan strategik
pemulihannya.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
berkata kedudukan kewangan Felda sekarang merupakan legasi kepimpinan terdahulu
yang lemah dalam tadbir urus korporat dan pengurusan kewangan yang tidak
bertanggung jawab.
Menurutnya, Felda sedang menghadapi masalah aliran tunai
yang amat kritikal.
“Tumpuan segera Lembaga Pengarah dan pengurusan yang baharu
Felda adalah untuk memulihkan aliran tunai melalui perbincangan dengan
pemiutang untuk menstrukturkan semula pinjaman agensi tersebut yang sudah
mencecah RM8.025 bilion.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Langkah seterusnya bagi mengukuhkan aliran tunai ialah
penjualan aset tidak strategik seperti hartanah di luar dan dalam negara,”
katanya menjawab pertanyaan anggota Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman
(Warisan-Kalabakan) di Dewan Rakyat, hari ini, mengenai proses penstrukturan
Felda yang terkini.
Azmin berkata kerajaan tetap komited memulihkan Felda
secepat mungkin demi kesejahteraan peneroka-peneroka selaras dengan matlamat
Akta Kemajuan Tanah 1956.
Menurutnya, kerajaan yakin pengurusan baharu Felda akan
berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang tinggi demi
menjayakan proses pemulihan dan pembangunan mampan bagi agensi tersebut.
Fokus utama pengurusan baharu Felda adalah untuk
melaksanakan tanggungjawab perundangan terhadap peneroka Felda.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan memberi jaminan bahawa
pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil akan dibayar menurut jadual kepada
mereka.
Kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto 100 harinya telah
berjanji untuk melaksanakan pemansuhan 50 peratus hutang peneroka yang wujud
hasil skim pinjaman sara hidup bagi penanaman semula tanaman.
Sementara itu, Azmin berkata, kilang Tawau Oil Product (TOP)
iaitu anak syarikat Felda Vegetable Oil Products Sdn Bhd (FVOP) tidak akan
ditutup operasinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“FGV sedang melalui proses rasionalisasi untuk meningkatkan
nilai dan prestasi syarikat, namun tidak bercadang menutup kilang tersebut,”
katanya sambil memaklumkan FVOP adalah anak syarikat FGV Holdings Bhd dan bukan
di bawah pengurusan Felda.
Kepada soalan anggota parlimen yang sama mengenai perjanjian
Felda dengan kerajaan Sabah yang berjanji memperuntukkan 40,000 hektar kepada
peneroka, namun setakat ini hanya 9,000 hektar diperuntukkan, Azmin berkata
perjanjian itu akan diteliti semula.
Namun, katanya, pemberian tanah kepada peneroka telah
dihentikan.
Beliau berkata pada 2012, Felda telah menyerahkan 400,000
hektar tanah yang diuruskannya kepada FGV Holdings bagi tujuan penyenaraian.
Bagaimanapun, FGV menghadapi masalah untuk membayar dividen
serta perkongsian untung yang adil kepada Felda bagi tujuan pengurusan, yang
menjadi antara punca Felda berdepan masalah pengurusan kewangan kritikal,
katanya.
“Semuanya akan dinyatakan dalam kertas putih yang akan
dibentangkan supaya lembaga pengarah dan pengurusan Felda dapat meneliti semula
kewajaran penyenaraian dengan mengambil kira pandangan FGV,” kata Azmin. ―
Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here