Header Ads

Zahid Jawab KJ Tapi Sinis


KUALA LUMPUR - Pertanyaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong 'memakan' diri.

Khairy yang mencelah ucapan Ahmad Zahid bertanya sama ada beliau bersetuju bahawa kerajaan sekarang menangani masalah dengan cara menyalahkan kerajaan terdahulu.

Ahmad Zahid kemudianya memberi respons bersetuju dengan pertanyaan Khairy, namun secara sinis.

Loading...


"Ya betul, saya setuju dengan Rembau supaya jangan salahkan orang lain termasuk beliau sendiri.

"Lakukan perubahan dan terima hakikat kerana itulah sikap yang harus ada," katanya.

Sebelum itu, Khairy berkata, kerajaan hari ini tidak mencari penyelesaian masalah dihadapi dari segi ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya, dakwa beliau, kerajaan menggunakan pendekatan menyalahkan orang lain.

"Saya bagi contoh bagaimana Menteri Kewangan telah menggembar-gemburkan hutang negara yang sebenarnya langsung tidak ikut piawaian pengiraan hutang negara oleh agensi penarafan dunia. Hutang negara telah dimasukkan dengan jaminan kerajaan, bayaran pajak dan sebagainya.

"Tujuannya sengaja untuk membengkakkan angka sebenar supaya dapat menyalahkan kerajaan sebelum ini. Tetapi hakikatnya ini telah menggugat kepercayaan pelabur kepada Malaysia dan menyebabkan angka disebut Bagan Datuk telah menjadi realiti," katanya.

- Sinar Harian

No comments


Loading...
loading...