Header Ads

Wan Hanafi Su puji Shaheizy Sam, Beto Kusyairi


PELAKON otai, Wan Hanafi Su, memberitahu ada beberapa nama pelakon tanah air yang dilihat berpotensi besar untuk menyinari dunia lakonan.

Menurut pelakon berusia 68 tahun ini, antara nama tersebut ialah Beto Kusyairi dan Shaheizy Sam.

Loading...

“Setiap kali ditanya soalan ini, ada beberapa nama yang saya akan sebut. Antaranya adalah Beto Kusyairy dan Shaheizy Sam.

“Kalau berlakon dengan mereka, keserasian itu datang dengan sangat pantas. Tak perlu ambil masa yang lama pun.

“Dengan hanya sekali pandang, saya dah dapat rasa dan jiwa untuk membawakan watak yang diberikan,” katanya.

Jelas Wan, kedua-dua pelakon lelaki tersebut mempunyai jiwa seni yang kuat dan bukan dibuat-buat.

“Mereka inilah yang punya jiwa seni sejati. Sebagai pelakon, kita nak pelakon yang begini. Yang betul-betul berjiwa lakonan. Bukan yang ‘fake,’” katanya.


Wan Hanafi memulakan langkahnya dalam bidang lakonan menerusi drama Wira pada 1978 yang menjadi drama pertama disiarkan secara berwarna di RTM.

Sehingga kini, Wan Hanafi membintangi lebih 100 drama puluhan filem.

No comments


Loading...