Header Ads

Wan Azizah Beri Laluan Anwar Bertanding Presiden PKR


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan supaya ahli parti tersebut tidak mengamalkan sikap berpuak-puak pada pemilihan parti akan datang.

Menurut Wan Azizah, sikap berkenaan bukan sahaja merugikan bahkan tidak selari dengan semangat juang parti, lapor Kosmo.


Loading...

"Kita seharusnya, menyokong antara satu sama lain khususnya pemimpin yang dipilih kelak menguatkan parti ini.

“Benar, akan berlakunya perbezaan pendapat tetapi kita satu parti bebas menyokong sesiapa sahaja," katanya pada Majlis Pertemuan bersama Ahli PKR Sabah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PKR Malaysia, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew.

Wan Azizah yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri turut memberitahu, sekiranya Anwar menawarkan diri bertanding Presiden PKR maka beliau tidak akan mempertahankan jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Ogos nanti.

Sementara itu, Saifuddin pula menjelaskan, Wan Azizah tetap kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri meskipun Anwar memenangi jawatan Presiden PKR.

No comments


Loading...