Header Ads

Walau Sepasang, Ahmad Maslan Cuci Kasut Sekolah Setiap Hari


Cadangan pelajar dibenarkan memakai kasut hitam bermula tahun depan mendapat reaksi Datuk Ahmad Maslan.

Bekas timbalan menteri kewangan itu mengimbau zaman persekolahannya menggunakan kasut putih yang dicuci setiap hari.


Loading...

“Jika kasut putih, masa kecil dahulu, saya basuh setiap hari. Kasut putih plastik. Satu tahun cuma ada satu pasang.“Tapi hari-hari bersih. Didikan kebersihan ini terbawa-bawa hingga ke tua,” coretnya di akaun Twitter miliknya hari ini.


Pelajar sekolah dibenar memakai kasut hitam bermula sesi persekolahan tahun depan, kata menteri pendidikan.

Dr Maszlee Malik berkata pelajar juga dibenarkanmemakai kasut putih sehingga penghujung sesi persekolahan 2019.

Ahmad berkata kekotoran pada kasut hitam tidak kelihatan maka ia mungkin diselaputi kuman.

“Kasut sekolah warna hitam. Sudah ada ‘berjuta kuman’ bersarang. Sebab tidak pernah dibasuh. Kotor tidak nampak,” coretnya lagi.

- Projek MM

Loading...