Header Ads

Tunggu PM Pilih Speaker Dewan Rakyat


KAJANG - Senarai nama calon Speaker Dewan Rakyat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan, senarai calon Speaker Dewan Rakyat telah dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan).

Loading...

“Berkenaan senarai pencalonan Speaker Dewan Rakyat memang kita ada mesyuarat dan akan buat perjumpaan di peringkat tertinggi.

“Kemudian kita buat keputusan kerana nama Speaker Dewan Rakyat perlu dimuktamadkan segera. Kita ada tempoh seminggu lagi untuk lantik Speaker sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula 16 Julai ini,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Kajang, di sini, hari ini.

Menurut Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, pemilihan Speaker Dewan Rakyat akan diputuskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan.

Sebelum ini nama  bekas Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim dipercayai bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu namun perkara itu masih samar.

- Sinar Harian

No comments


Loading...