Header Ads

Tun Mahathir Tetap Obor, Tak Sesal Sokong – Rais Yatim


Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim berkata poster yang tersebar di sosial media yang mengatakan beliau sesal menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah suatu percubaan membidaah dirinya dengan berita palsu.

Hal ini susulan Rais yang kini anggota BERSATU menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah yang bertujuan "mempertahankan Melayu Islam" yang dihadiri rata-ratanya oleh pemimpin PAS dan Umno.


Loading...

"Mereka sudah hilang modal. Lalu membidaah dengan berita palsu. Tun Mahathir tetap obor. Tak timbul isu sesalan menyokongnya," kata Rais Yatim pada suatu hantaran Twitter hari ini.


Memetik laporan Malaysiakini, Rais mengulas gambar beliau pada himpunan semalam dengan petikan "Rais menyesal menyokong Mahathir."

Menurut Rais himpunan itu bertujuan menyuarakan isu yang menekan orang Melayu dan Islam dan cuba menyemai kesedaran supaya bangs adan budaya tidak terhakis.



Kata beliau, antara contohnya adalah janji kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) yang digunakan sekolah persendirian Cina yang didakwa Rais sebagai mencabar sistem pendidikan nasional.

Loading...