Header Ads

Tun M: Pengurusan Polisi Tidak Cekap Punca Proton Gagal


KUALA LUMPUR - Punca kegagalan Proton membuat keuntungan adalah disebabkan oleh pengurusan polisi yang kurang cekap.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar yang tidak memberi kelebihan kepada kereta tempatan menyukarkan Proton untuk menguasai pasaran automotif.

“Dahulu Proton berjaya dalam pasaran Malaysia dan juga luar negara.


Loading...

“Namun, oleh kerana pemerintahan yang kurang cekap dan tidak tahu dengan kehendak industri, ini yang menyebabkan prestasi Proton merosot,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam), hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Mahathir berkata tindakan kerajaan terdahulu yang telah membenarkan segala kereta import masuk ke negara ini tanpa sebarang syarat menyukarkan Proton untuk menandingi syarikat-syarikat automotif besar dari negara luar.

“Apabila syarikat-syarikat gergasi ini memasuki pasaran, sudah pasti sukar untuk Proton menandingi produk keluaran mereka.

“Sedangkan Proton sendiri tidak mampu untuk menembusi pasaran luar negara memandangkan syarat-syarat yang dikenakan negara luar terlalu besar,” katanya.



Selain itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan semula Dasar Automatif Nasional bagi memastikan industri automatif tempatan kekal kompetitif.

“Kajian ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan industri automatif tempatan termasuk projek kereta nasional baharu, pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sebagainya.

“Kerajaan juga terbuka ke atas mana-mana cadangan hal perlaksanaan projek kereta nasional baharu termasuk cadangan untuk bekerjasama dengan negara lain,” katanya.

No comments


Loading...