Header Ads

‘Tak salah PM jawab bagi pihak saya’


KUALA LUMPUR - Sikap akauntabiliti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menjawab pertanyaan lisan daripada pihak pembangkang yang ditujukan kepada Menteri Kewangan haruslah dipuji.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berhak untuk berbuat demikian.

Loading...

Menurutnya, tidak ada salahnya Dr Mahathir menjawab bagi pihaknya apatah lagi perkara tersebut juga telah bangkitkan oleh Ahli Parlimen Langkawi itu terlebih dahulu.

“Mengapa soalan ini tidak dijawab oleh saya tapi beliau (Dr Mahathir) kerana ini hak beliau sebagai Perdana Menteri apatah lagi beliaulah yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu.

“Beliau menjawab soalan tersebut dan ia menunjukkan sikap akauntabiliti beliau yang perlu diberikan pujian,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.


Hari ini dalam sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah rasionalnya Malaysia mendapatkan pinjaman daripada Jepun yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi daripada ringgit walaupun faedah yang bakal dikenakan dikatakan rendah.

No comments


Loading...
loading...