Header Ads

Syed Saddiq Tenang, Tidak Kekok

KUALA LUMPUR: Pengalaman luas dalam bidang debat memberi kelebihan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dilihat tenang menjawab soalan pertama beliau dalam persidangan Dewan Rakyat.
Meskipun menjadi menteri pada usia 25 tahun, mencatatkan sejarah baharu negara, Syed Saddiq tidak kekok menjawab soalan yang berkaitan dengan kementeriannya.

Loading...
Pada sesi soalan lisan dalam persidangan Parlimen pertama beliau, Syed Saddiq menjawab soalan Mohd. Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung isu migrasi anak muda dari luar bandar ke bandar.
Syed Saddiq berjaya memberikan impresi positif daripada jawapan panjang lebar yang diberikan.
- UTUSAN ONLINE

No comments


Loading...