Header Ads

Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan

Sultan Nazrin memeriksa kawalan kehormatan utama sempena Hari Pahlawan peringkat negeri Perak, pagi tadi.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat ke sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ketibaan baginda pada jam 9 pagi diiringi Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja DiHilir, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Loading...

Turut hadir, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai kanan dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang dipimpin Leftenan Kolonel Anuar Kaliman.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa Hari Pahlawan oleh Mejar Titan Abdul Wahab diikuti deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' dipersembahkan Pegawai Laksana Kapal Diraja Kinabalu, Leftenan Bakrishah Abdullah dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Seterusnya, lagu kebesaran negeri Perak dimainkan sebelum kawalan kehormatan utama keluar perbarisan menandakan penghujung upacara.

No comments


Loading...