Header Ads

Suara Zawawi Dikongkong DAP - Lokman Noor

Foto: FMT

SHAH ALAM: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni disifatkan tidak mampu membawa suara rakyat berkaitan isu sensitif seperti kedudukan agama Islam dan institusi raja-raja Melayu secara signifikan, biar pun mempunyai latar belakang agama.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, isu-isu berkenaan jelas tidak selari dengan prinsip perjuangan komponen PH, khususnya DAP, dan kedudukan agama Islam pasti sukar jika calon yang turut didokong DAP itu menang.

Loading...


"Adakah anda fikir dengan latar belakang agama­nya, dia (Zawawi) akan dapat mela­kukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip DAP dalam isu-isu berkaitan kedudukan agama dan institusi Islam? Sudah tentu tidak.

"Jadi, sebab itu, rakyat Sungai Kandis perlu faham. Benar, calon PH mempunyai latar belakang agama, namun beliau tidak boleh menyuarakan pandangan beliau secara bebas, berdasarkan ilmu yang beliau ada. Tidak boleh," katanya kepada pemberita sewaktu berkem­pen di Kampung Johari Setia, pada Khamis.

Menurut Lokman, rakyat perlu menilai sebaik-baiknya dan memilih calon yang mampu bersuara bagi mewakili mereka selain berani mengkritik sesiapa sahaja.

Malah, beliau menjelaskan, pada PRK ini, ia bukan soal untuk menukar kerajaan negeri sebaliknya rakyat perlu memenangkan BN dalam memastikan desakan berterusan terhadap kerajaan hari ini untuk menunaikan semua manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.



"Saya boleh tegur sesiapa sahaja termasuk Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), tak ada masalah," katanya. - Sinar Harian

No comments


Loading...