Header Ads

‘Sila Duduk, Jangan Lari’ – Agong


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen sebentar tadi.

Seri Paduka mencuit perhatian semua ahli Parlimen termasuk rakyat yang menyaksikan siaran langsung majlis tersebut menerusi siaran televisyen dan media sosial dengan menjemput semua Ahli Parlimen mengambil tempat duduk masing-masing, lapor Utusan Online.

Loading...


Pada masa sama, secara berseloroh, Seri Paduka mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak lari dari tempat duduk.

“Sila duduk,jangan lari,” titah baginda dengan nada berseloroh.

Semua yang hadir ketika perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 dilihat tersenyum sesama sendiri selain tergelak mendengar ingatan berkenaan.



Semalam Ahli Parlimen Pembangkang bertindak keluar dewan ketika majlis angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kerana mendakwa pelantikan Ariff tidak mengikut prosedur

Perkara itu jelas boleh dilihat oleh semua ahli Parlimen yang hadir ketika majlis perasmian berkenaan yang turut disiarkan secara langsung oleh TV1 pagi tadi.

No comments


Loading...