Siang hantar surat, malam mencuri

0
40



Kuala Lumpur: Bekerja sebagai penghantar surat pada waktu siang dan menjadi ‘pencuri profesional’ pada waktu malam.


Itu kegiatan sekumpulan empat lelaki yang dikesan aktif mencuri motosikal sebagai sumber pendapatan sampingan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Keempat-empat suspek warga tempatan berusia antara 21 hingga 31 tahun itu bagaimanapun ditangkap polis di Kampung Medan Batu Muda, Jalan Ipoh, pada 28 Jun lalu.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek yang disoal siasat kemudian menunjukkan 17 rangka motosikal pelbagai model yang dibuang di dalam sungai berhampiran Stesen Komuter Batu 5, Jalan Ipoh.


Beliau berkata nilai rampasan semua motosikal membabitkan model Yamaha, Honda EX5 dan Suzuki dianggarkan berjumlah lebih RM60,000.


“Siasatan mendapati kumpulan suspek itu aktif sejak 2016 dengan melakukan jenayah di daerah Sentul, Wangsa Maju, Brickfields, Cheras, Ampang dan Kuala Selangor.


“Motosikal yang dicuri itu akan dibawa ke bengkel milik salah seorang suspek untuk dileraikan.


“Komponen motosikal dicuri itu kemudian akan dijual, manakala rangkanya pula akan dibuang ke dalam sungai.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Polis percaya suspek yang bekerja sebagai penghantar surat ini menjadikan kegiatan curi motosikal itu sebagai kerja sampingan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, semalam.


Selain itu, beliau berkata pihaknya mendapati suspek terbabit memiliki rekod kesalahan lampau membabitkan kes dadah dan jenayah.


“Suspek masih direman dan akan diserahkan kepada polis Wangsa Maju. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here