Header Ads

“Saya okey... tak ‘stress’ pun” - Niena Baharun dikecam kerana ‘perampas’

Watak Husna dilakonkan Niena dikecam penonton.

PELAKON Niena Baharun memberitahu dia tidak tertekan dengan kecaman terhadap watak Husna yang dibawanya dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Biarpun dia kini sedang hamil lima bulan, Niena berkata, keadaan itu tidak menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

Loading...

"Setakat ini saya tidak mengalami stress pun dengan komen-komen atau kecaman yang dilemparkan.

"Saya terima sahaja kerana mereka komen sebab watak Husna dalam drama sahaja bukan realiti," ujarnya kepada mStar Online.

Niena diminta mengulas tentang maklum balas terhadap watak antagonis yang dilakonkannya dalam drama berkenaan.

Watak perampas tersebut memberi kesan kepada penonton terutama watak itu dibawakan oleh pelakon bertudung.

Drama Jangan Benci Cintaku disiarkan di slot Akasia di TV3 setaip Isnin hingga Khamis.

Niena atau nama sebenarnya, Amaniena Kamarul Baharun, 25, mengakui menerima banyak mesej peribadi berkenaan maklum balas dan komen penonton terhadap watak tersebut.

Dia yang pertama kali membawakan watak antagonis memberitahu ada beberapa babak yang memerlukannya menjiwai karakter tersebut.

"Tidaklah terlalu susah tapi ada babak yang saya perlu betul-betul menjiwai. Selalu saya bawa watak baik sahaja.

"Watak Husna tidaklah agresif mungkin dia kacau rumah tangga orang itu yang nampak jahat dan penonton tak suka," ujarnya.


Dalam pada itu, Niena berkata, di juga tidak menyangka watak itu memberi kesan dan dibenci oleh kaum wanita bergelar isteri.

"Kisah ini dikongsi dalam Facebook Kisah Rumah Tangga walaupun ia drama sahaja, ia lain daripada yang lain. Realiti ada kisah macam ni kan?

"Niena buat yang mampu tak sangka ia memberi kesan yang besar kepada isteri di luar sana. Apa pun realiti minta dijauhkan daripada kisah sebegini," ujarnya.

Drama tersebut turut dibintangi oleh Saharul Ridzuan dan Zahirah MacWilson.

No comments


Loading...
loading...