“Saya Mewarisi Kerajaan Dipenuhi Rasuah”

0
46



PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau mewarisi kerajaan yang penuh dengan rasuah dan pegawai yang tidak boleh dipercayai.


“Dari luar kita melihat kerosakan, tetapi kita tidak menjangkakan kerosakan itu begitu meluas,” katanya dalam temu bual dengan CNN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sebahagian besar orang atasan dalam kerajaan terlibat rasuah,” katanya.


Dr Mahathir juga berkata beliau kini harus bekerja dengan individu-individu yang disyaki.


“Ia adalah tugas yang sangat sukar, jika kamu tak bekerja dengan orang yang kamu percaya, kamu tak tahu sama ada apa yang kamu mahu mereka buat akan dapat dibuat atau tidak,” beliau dipetik sebagai berkata.


Laporan CNN juga menyentuh mengenai rancangan pengganti selepas Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri.


Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Pakatan Harapan mengumumkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan tugas itu kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Walaupun Dr Mahathir dan Anwar mempunyai ‘sejarah’, beliau memberitahu CNN bahawa pendapat peribadi beliau tentang Anwar tidak penting.


“Saya perlu mempercayai dia, sama ada saya suka atau tidak, saya tidak boleh berada di sini sepanjang masa,” katanya sambil menambah jika rakyat mahu dia berkhidmat melebihi masa yang dipersetujui bersama rakan gabungannya, dia akan berbuat demikian.


PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here