Header Ads

Sanggup jadi 'Ultraman' demi Husna


PETALING JAYA: Jika terserempak dengan wanita memakai topeng 'Ultraman' menunggang motosikal bersama budak kecil di sekitar Sepang pasti ada yang terfikir seperti sesuatu tidak kena.

Namun usah bertanggapan negatif dengan apa yang anda lihat.

Loading...

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Karinda Wasito dalam satu perkongsian di Facebooknya menjelaskan dia memakai topeng adiwira itu demi anak istimewanya yang dikenali sebagai Husna.

Karinda berkata, Husna menghidap autisme serta gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD).

"Anak dara bongsu saya Husna 7 tahun... autisme dan ADHD, tengah suka sangat ultraman. Dia nak emak dia pun jadi ultraman setelah sebelum ni dia suruh emak dia jadi mask rider," kata Karinda dalam posting di Facebook miliknya.

Menurut Karinda, dia sanggup menanggung malu ketika berhadapan orang ramai bagi memastikan anaknya itu seronok ke sekolah.



"Dia (Husna) ugut tak nak sekolah dan nak mengamuk kalau emak tak nak jadi Ultraman. Jadilah emak dia Ultraman hantar pi sekolah.

"Yihaaa... tebal muka orang tengok... janji anak happy sekolah," katanya.

Selain Husna, Karinda memberitahu dua anaknya yang lain turut menghidap penyakit sama.


"Saya ada tiga anak autisme dan ADHD. Dulu masa Mubarak pun saya jadi Power Ranger," katanya.

Posting dan beberapa gambar yang dimuatnaik Karinda di Facebook miliknya menjadi tular di media sosial.

Rata-rata netizen memuji tindakan Karinda yang disifatkan sebagai ibu contoh kepada golongan wanita.



Pengguna Facebook, Kama Intan berkata:"Seorang ibu yang hebat... tak kisah apa pandangan orang, janji anak kita happy kan. Puan memang terbaik... salute.”

Ummi Fatimah berkata:"Salute pada mamanya. Kasihnya seorang ibu terhadap anak. Insya-Allah anak inilah yang akan pegangkan tangan untuk kita berada bersama-samanya di syurga kelak.

Tengku Suriat Tengku Mamat berkata:"Subhanallah... besar ganjarannya pengorbanan seorang ibu. Semoga Allah merahmati hidupmu."

Posting yang dikongsi di laman Austime Malaysia mendapat 13,000 tanda suka dan dikongsi sebanyak 3,800 kali di Facebook.

Autisme bukanlah sejenis penyakit berjangkit, sebaliknya merujuk kepada ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidup disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi.

No comments


Loading...