Header Ads

Sabah Runding 20 Peratus Royalti Minyak Dengan PM


SEMPORNA - Kerajaan Negeri akan membentuk satu badan yang memperhalusi perkara tuntutan royalti minyak 20 peratus terhadap Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, badan itu akan menghalusi dari aspek perbincangan antara kerajaan negeri bersama pusat khususnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Loading...

"Kerana kita sedar dalam Manifesto Pakatan Harapan terkandung perkara berkaitan royalti minyak bagi Sabah.

"Namun manifesto itu ditafsirkan agak berlainan sedikit daripada yang kita (Sabah) maklum sebab itu kita akan bincang secara mendalam menggunakan pendekatan duduk semeja dengan pusat, bagaimana menghalusi pelaksanaan 20 peratus royalti minyak itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-13 Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia  Peringkat Sabah di sini, hari ini. - Bernama

No comments


Loading...