Header Ads

“Rakyat Perlu Bangkit Tuntut Segala Janji”- Najib Razak


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai hak untuk membatalkan segala projek-projek untuk rakyat yang dirancang oleh kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, mereka perlu menggantikannya dengan sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat, kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


Loading...

“Jangan kerana segala yang dibuat oleh kerajaan terdahulu kerajaan sekarang ini hendak hentikan segala kebaikan untuk rakyat.

“Rakyat Malaysia perlu bangkit dan tuntut segala janji yang dibuat oleh kerajaan sekarang,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan hari ulang tahun beliau yang ke-65 di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta di sini malam ini.


- Malaysia Gazette

No comments


Loading...