Header Ads

Rais Yatim Desak Kerajaan Jangan Iktiraf Sijil UEC


Bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mendesak kerajaan agar tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Beliau, dilihat condong kepada Pakatan Harapan, menyertai perhimpunan yang mendakwa Melayu terancam bawah kerajaan Pakatan Harapan.


Loading...

“Kita tidak boleh ada lebih daripada satu sistem peperiksaan. Lihat Singapura, Indonesia, India... semuanya hanya ada satu sistem.

“[Jadi] apa cerita nak ada dua sistem (dan) sijil?” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Rais antara beberapa tokoh yang berucap di perhimpunan “Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam” di Kampung Baru di sini hari ini.

Hujan tidak menghalang penyokong PAS, Umno dan badan-badan proisu Melayu yang berkumpul sejak 9 pagi tadi. 

Calon Umno dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam, dan setiausaha agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga hadir.

Loading...