Header Ads

PRK Sungai Kandis: Lokman Adam Bertanding Atas Tiket BN

Foto: Kosmo

Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis esok.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu akan bertembung dengan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni(gambar kecil), seorang aktivis tempatan.

Jika tiada calon lain menyertai pencalonan esok, bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas itu berdepan saingan satu lawan satu dengan ustaz itu, lapor Projek MM.


Loading...

Pemilihan Lokman, bekas pemimpin PKR, diumum oleh timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan di pejabat bahagian Kota Raja petang ini.

“Selepas membuat pertimbangan, kami mengetengahkan calon orang muda,” kata Mohamad, bekas menteri besar Negeri Sembilan.

“[Pilihan raya] ini akan menjadi ujian penerimaan rakyat terhadap BN [Barisan Nasional] selepas pilihan raya umum ke-14.”

Pilihan raya kecil 4 Ogos ini diadakan susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimie Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.



Pada pilihan raya umum lalu Mat Shuhaimi menang 23,998 undi dalam pertandingan empat penjuru. Calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari mendapat 11,518 undi.

Sementara calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

No comments


Loading...