Header Ads

PPBM, PAN tangguh pemilihan kerana terlalu 'sibuk'?

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAN Mohamad Sabu semasa hadir pada Kovensyen Nasional PAN di Pusat Konvensyen Shah Alam dua tahun lalu.

PEMILIHAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kemungkinan akan ditangguhkan pada tahun depan.

Mengikut jadual, PPBM dijangka melangsungkan pemilihan pada tahun ini.

Loading...

Namun, sumber memberitahu, alasan penangguhan itu disebabkan mahu menstabilkan keadaan terlebih dahulu selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Keadaan agak sedikit ‘tegang’ selepas 9 Mei lalu. Lagi pun, sekarang sedang sibuk menguruskan pentadbiran kerajaan,” katanya kepada NSTP.

Menurut sumber itu, PPBM juga sedang merancang untuk memperkenalkan kaedah pengundian baharu dalam pemilihan parti.

Kali ini, katanya, semua ahli di peringkat bahagian akan diberi peluang untuk memilih kepimpinan tertinggi parti.

“Pemilihan akan datang, setiap ahli akan memilih. Bukan melalui perwakilan.

“Nanti kena buat pindaan perlembagaan parti kepada ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) terlebih dahulu,” katanya.

Katanya lagi, PPBM juga sedang meneliti cadangan untuk mengguna pakai sistem pengundian dalam talian (e-undi) seperti yang akan digunakan oleh PKR pada pemilihan Ogos ini.


Selain PPBM, rakan komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu Parti Amanah Negara (PAN) juga akan menangguhkan pemilihan parti itu ke tahun depan.

Ia selepas memperoleh kebenaran ROS untuk menangguhkan pemilihan parti itu ke tahun depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub.

No comments


Loading...