Header Ads

PPBM Kini Dikenali Sebagai Bersatu


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, nama dan logo parti tersebut tidak lagi menggunakan singkatan akronim PPBM sebaliknya dikenali sebagai Bersatu.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, perubahan nama itu boleh dilakukan kerana parti tersebut telah mempunyai kuasa selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), lapor Utusan Online.


Loading...

“PPBM akan guna perkataan Bersatu sebagai nama dan slogan parti.

“Dahulu tak boleh sebab ada bantahan pihak berkuasa, tapi sekarang kuasa pada kita dan boleh buat perubahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Kepemimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu yang juga Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

No comments


Loading...
loading...