Header Ads

Polis Tahan Lelaki Ugut Bunuh Agong, Tun Mahathir


Seorang penganggur, 34 tahun yang memuat naik status ugutan bunuh di dalam Facebook miliknya terhadap tiga pe­mimpin negara iaitu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V; Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa telah ditahan.

Tindakan yang dilakukannya yang juga penyokong Daesh adalah kerana ber­anggapan kerajaan di bawah Sultan Muhammad V serta menteri-menteri tersebut tidak mentadbir negara berlandaskan syariat Islam.


Loading...

Penganggur tersebut merupakan antara tujuh individu lain yang ditahan dalam beberapa serbuan bermula 12 hingga 17 Julai di Johor, Terengganu, Perak dan Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, lelaki itu ditahan di Skudai, Isnin lalu, manakala seorang operator kilang berusia 21 tahun di Masai pada hari sama selepas mengaku menyokong serta merancang menyertai pengganas Daesh di Syria.

Tambah Mohamad Fuzi, ke­semua suspek akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).- Utusan Online

No comments


Loading...