Header Ads

Polis Pohon Perintah Sambung Reman Rerhadap Pengasuh


TANGKAK - Polis akan memohon perintah sambung reman terhadap seorang pengasuh wanita berusia 35 tahun bagi membantu siasatan kes seorang bayi lelaki 10 bulan yang meninggal dunia hari ini selepas dipercayai terjatuh di rumah pengasuhnya di Taman Sialang di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, tempoh reman sejak Khamis lepas yang diperoleh sebelum ini akan berakhir esok dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.


Loading...

Seksyen  itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Proses bedah siasat untuk mengetahui sama ada kecederaan lama atau baharu yang ada terhadap bayi terbabit, Naufal Amsyar Nabil Fikri akan dilakukan esok di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, keperluan untuk membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan juga bergantung kepada keputusan bedah siasat tersebut. - Bernama

No comments


Loading...