Header Ads

PKR yakin menang Sungai Kandis

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama Mohd Zawawi (dua dari kanan) di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini. FOTO Syarafiq Abd Samad

SHAH ALAM: PKR yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berdasarkan kepada ‘mood’ penduduk dan rekod cemerlangnya di kawasan itu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, beliau percaya pengundi akan meletakkan kepercayaan mereka kepada calon Pakatan Harapan (PH) Mohd Zawawi Ahmad Mughni, 48.

Loading...

“Kami meletakkan calon yang berkaliber. Itu resepi kejayaan PKR. Selain itu, kami merasakan tidak ada isu besar yang boleh dimanipulasikan pembangkang baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada hari penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, PKR berusaha memperoleh jumlah majoriti undi yang dicapai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu atau lebih kali ini, namun keputusan itu bergantung kepada peratusan yang keluar mengundi pada 4 Ogos nanti.

Kerusi Sungai Kandis kosong selepas wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.


Pada PRU-14, Mat Shuhaimi memperoleh sebanyak 23,998 undi dalam pertembungan empat penjuru, mengalahkan Barisan Nasional (BN) Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), Mohd Yusof Abdullah dari PAS (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Loading...