Header Ads

PH Nasihat PPBM Hati-Hati Terima Bekas Ahli Umno


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) berkata terserah kepada PPBM untuk menerima bekas ahli Umno sebagai ahli, tetapi mengingatkan bahawa perkembangan tersebut akan menimbulkan masalah sebaik sahaja Dr Mahathir tidak lagi ada bersama untuk menyatukan parti itu.

Ahli Parlimen Klang mewakili DAP, Charles Santiago berkata, PPBM di bawah kepimpinan Dr Mahathir tidak akan terancam oleh kemasukan besar-besaran ahli sedemikian.

“Sewaktu Dr Mahathir masih ada, mereka (ahli PPBM) akan mendengar cakapnya. Beliau menguasai parti dan boleh mengawalnya, kata Santiago.


Loading...

“Mereka harus berfikir tentang keadaan selepas ketiadaan Dr Mahathir,” tambahnya.

Menurut laporan Free Malaysia Today, PPBM baru-baru ini mengangkat moratorium ke atas penerimaan ahli daripada parti lawan. 

Moratorium itu dikenakan 2 bulan selepas Dr Mahathir, sebagai pengerusi parti berkata, PPBM akan menerima bekas ahli Umno dengan syarat mereka menjadi “ahli bebas” terlebih dahulu.

Santiago berkata, sekiranya terlalu ramai Ahli Parlimen Umno menyertai PPBM, maka parti itu boleh berubah menjadi Umno versi baru.

Khalid Samad dari Amanah berkata, langkah menerima bekas ahli parti lawan bukan masalah, tetapi menggesa PPBM bersikap “berhati-hati” terhadap sebilangan bekas pemimpin Umno dalam kalangan mereka.



“Mereka yang mempunyai rekod buruk perlu mendapat pelepasan terlebih dahulu sebelum diterima sebagai ahli,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Katanya syarat sama hendaklah terpakai ke atas sesiapa yang mahu menyertai Amanah, PKR dan DAP.

Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, lebih penting ialah komitmen PPBM tidak berubah berikutan kemasukan beramai-ramai bekas ahli parti lawan ke dalam parti itu.

“Saya fikir semua parti perlu memiliki proses yang teliti bagi memastikan kemasukan bekas ahli Umno tidak mengubah komitmen kita kepada negara.”

No comments


Loading...