Header Ads

Perhimpunan Agung UMNO 29 Dan 30 Sept


KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2018 dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Sept ini, kata presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia dimulakan dengan perhimpunan sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29 Sept, diikuti persidangan parti keesokan harinya.


Loading...

Ahmad Zahid mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu berkata mesyuarat hari ini turut memutuskan untuk menurunkan had umur keanggotaan parti dari 18 kepada 16 tahun.

"Kita perlu bersiap siaga dan kita merasakan umur belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa  adalah (dari) 15 tahun, jadi kita ambil setahun lewat daripada definisi umur belia," katanya

Selain itu, MT UMNO juga bersetuju menubuhkan jemaah penasihat yang akan dipengerusikan veteran parti Tengku Razaleigh Hamzah dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap parti.

-- BERNAMA

No comments


Loading...