Header Ads

Pemberian peruntukan PH masih belum adil


KUALA LUMPUR - Pas berterima kasih kepada kerajaan PH kerana memberi peruntukan kepada semua ahli Parlimen termasuk pembangkang.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian) berkata, bagaimanapun kerajaan masih belum berlaku adil dalam soal pemberian peruntukan.

Loading...

Katanya, ini kerana jumlah yang diberikan kepada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang tidak sama.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana telah beri peruntukan kepada semua ahli parlimen termasuk pembangkang. Walaupun jumlahnya tidak sama, (kerajaan) masih belum berlaku adil.

"Dalam satu sistem demokrasi kita kena berlaku adil kerana keadilan adalah prinsip digariskan oleh ALLAH," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas juga sudah menyatakan komitmen untuk memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang di Kelantan dan Terengganu.


"Kita dah buat komitmen untuk bagi tapi kena tengok PH bagi dulu atau tidak," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PH kerana berjanji mengembalikam semula royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

"Kalau boleh tengok hutang lama, bayar balik," katanya.

No comments


Loading...