Header Ads

Pemaju KLVC Saman Razali Ibrahim RM100 Juta


Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim membabitkan projek Kuala Lumpur Vertical City Project (KLVC) di Jalan Semarak.

SPSB memfailkan saman itu melalui Tetuan Reza Rahim & Rajivan di kauter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dengan menamakan Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Muar itu sebagai defendan


Loading...

Berdasarkan kenyataan media oleh SPSB, mereka mendakwa kenyataan yang dbuat Razali adalah palsu, tidak berasas dan mencemarkan reputasi mereka.

SPSB mendakwa pihaknya sudah menyampaikan notis tindakan menuntut Razali meminta maaf dan membayar ganti rugi, bagaimanapun beliau (Razali) enggan berbuat demikian.

Oleh itu SPSB memohon injunksi supaya Razali dihalang daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah itu.

Mereka juga memohon supaya defendan memohon maaf berdasarkan terma yang dipersetujui oleh SPSB.

Pada 4 Jun lalu, SPSB memfailkan saman terhadap bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berhubung beberapa siri kenyataan yang dibuat terhadap syarikat itu.

- BH Online

No comments


Loading...
loading...