Header Ads

Pemain import Pahang diserang, cedera dipukul kayu


Pemain import pasukan bola sepak Pahang cedera diserang dua lelaki ketika bercuti di Pulau Perhentian malam semalam.

Patrick dos Santos Cruz, 25, luka di kepala manakala adiknya, 20-an, cedera di tangan akibat dipukul dua lelaki tempatan menggunakan kayu, lapor Berita Harian.

Memetik sumber, kejadian tersebut berlaku selepas mereka bertengkar dengan suspek ketika bersantai di sebuah kafe sekitar jam 11 malam.

Kedua-dua beradik kemudian dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

“Polis juga sudah menahan dua suspek terbabit selepas menerima laporan kejadian,” kata sumber tersebut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

No comments


Loading...