Peguam Slobodan Milosevic Dibunuh

0
46

PEGUAM kepada Slobodan Milosevic yang dikenali sebagai
penjenayah perang Serbia mati ditembak di luar kediamannya.
Dragoslav Ognjanovic, 57, dibunuh Sabtu lalu di luar
bangunan pangsapurinya di ibu negara, Belgrade.
Anaknya berusia 26 tahun cedera dalam serangan itu menurut
kenyataan kementerian dalam negeri.
Ognjanovic ialah anggota pasukan peguam bela Milosevic
semasa perbicaraannya di The Hague pada awal dekad 2000-an.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bekas presiden Serbia itu ditangkap pada 2001 dan ditahan di
tribunal PBB atas jenayah perang, genosid dan jenayah lain.
Milosevic bagaimanapun ditemukan mati dalam sel penjaranya
pada 2006 sebelum perbicaraannya selesai.
Beliau berdepan tiga tuduhan berhubung kekejaman di Kosovo,
jenayah di Croatia dan genosid di Bosnia antara 1992 hingga 1995.
Dalam satu kenyataan, ketua majlis peguam Serbia berkata
pembunuhan Ognjanovic ialah serangan kepada semua peguam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ognjanovic juga berkhidmat dalam beberapa kes berprofil
tinggi melibatkan mafia di Serbia dan Montenegro.
Beberapa ahli terkenal jenayah terancang Serbia dan
Montenegro telah dibunuh di Belgrade sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut pihak polis Serbia, pembunuhan ini ialah sebahagian
perang antara kumpulan jenayah dalam persaingan menguasai pasaran dadah. – BBC

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here