Header Ads

Najib: 'Wang RM470 Juta Bukan Dari 1MDB'


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, wang berjumlah RM470 juta yang disalurkan kepada pelbagai entiti politik termasuk Umno bukan berpunca daripada 1MDB.

Malah, Najib juga menegaskan perkara itu masih disiasat pihak berkuasa.

"Ia masih tertakluk kepada siasatan. Tidak boleh dikatakan sebagai dana 1MDB.

"Sumber dana mesti ditetapkan dengan jelas. Biar perkara ini diserahkan kepada pihak penyiasat sebab kami tidak mahu mengganggu apa jua hasil siasatan," kata Najib.

Memetik portal Malaysiakini, Najib berkata demikian ketika diajukan soalan oleh pemberita sama ada RM470 juta yang didepositkan daripada akaunnya kepada 102 entiti politik termasuk Umno merupakan wang 1MDB.

Ditanya sama ada wang itu akan dikembalikan sekiranya ia merupakan wang 1MDB, Najib sekali lagi menafikannya.

"Ia bukan dana 1MDB kerana saya sedar dengan jelas ketika keluarkan cek, kami sangat-sangat jelas ia bukan datang dari 1MDB," tegas Najib. - Malaysian Update

No comments


Loading...