Najib Turun Kempen Di Sungai Kandis, Disambut Kek Hari Jadi

0
42

Walau berdepan kes rasuah dan pecah amanah, Datuk Seri Najib
Razak tetap turun berkempen di pilihan raya Sungai Kandis.
Kehadiran bekas perdana menteri itu, untuk membantu calon
Umno Datuk Lokman Noor Adam, dikejutkan dengan kek hari jadinya yang ke-65.



Barisan pemimpin Umno Kapar yang membantu kempen di situ,
bahagian Kota Raja, menyambut dengan lagu Allah Selamatkan Kamu, lapor Berita
Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika tiba, Najib disambut lebih 100 penyokong sebelum
mereka bersarapan dengan timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan.
Timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad
Dahlan dan Lokman, bekas pemimpin Jabatan Hal Ehawal Khas (Jasa), turut hadir.
Najib kemudian dijadual mengunjungi 10 rumah penduduk di
Sungai Kandis sebelum makan tengah hari dan solat zohor di Masjid Al-Muhsinin
di sini.
Beliau diheret ke mahkamah awal bulan ini berhubung kes
bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lokman antara pemimpin Umno yang bekerja keras untuk
mendapatkan baki wang jaminan RM500,000 melalui kutipan derma.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembuangan tiga
penjuru antara Lokman, calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas K
Murthy.
Kerusi itu diwakili Mat Shuhaimi Shafiei, yang meninggal
dunia awal bulan ini akibat barah. Beliau menang dengan majoriti 12,480 undi.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here