Header Ads

Najib Tarik Balik Saman Terhadap AG, Mohd. Shukri, Amar Singh


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik balik saman pemula yang difailkan pada 30 Jun lalu terhadap Peguam Negara (AG), Tommy Thomas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdull dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching memaklumkan perkembangan kes tersebut kepada pemberita bahawa peguam Badrul Hisham Abdullah yang mewakili Najib memberitahu, pihaknya menarik balik saman itu dengan kebebasan memfailkan tindakan yang baharu, lapor Utusan Online.


Loading...

Najib dalam samannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menuntut satu perintah dan perisytiharan bahawa Tommy selaku AG adalah pihak yang berkepentingan dalam penyiasatan skandal tersebut yang menimbulkan prejudis terhadapnya.

Najib menyatakan, Mohd. Shukri pula pada satu sidang media berhubung SRC International Sdn. Bhd. ketika baru dilantik menjawat jawatan tersebut telah merumuskan antara lain, dirinya telah menerima wang RM42 juta dan RM2.6 bilion walhal ketika itu dia masih belum dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.

Amar Singh pula bagi Najib adalah individu yang bertanggungjawab mengetuai serbuan ke atas premisnya termasuk premis-premis yang didiami oleh anak-anaknya di Paviion Residence dan premis yang dipinjamnya daripada seorang rakannya untuk menempatkan barang-barang yang dipindahkan dari kediaman rasmi, di Seri Perdana.

No comments


Loading...
loading...