Header Ads

Najib: Jangan Pinda Semata-Mata Nak Pinda, Mesti Tambah Baik


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar penelitian semula Model Ekonomi Baru (MEB) tidak dilakukan semata-mata dengan tujuan mahu membuat pindaan sahaja.

Menurutnya, sebarang perubahan yang ingin dilakukan perlu membawa kepada penambahbaikan daripada apa yang telah dilakukan kerajaan sebelum ini.

"Saya berharap kerajaan baru tidak akan membuat pindaan semata-mata nak buat pindaan tetapi kalau nak lakukan pindaan, ia semestinya membawa kepada sesuatu penambahbaikan daripada apa yang kita telah lakukan.

Loading...


"Kalau timbul ketidaktentuan, maka ini boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada ekonomi Malaysia," katanya.

Sekiranya timbul banyak ketidaktentuan dalam perkara itu, maka ia boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada ekonomi negara.

“Saya tidak pasti apa nak dilakukan oleh kerajaan baharu ini tetapi saya cuma boleh jelaskan bahawa MEB kita adalah sesuatu yang telah pun membawa perubahan kepada ekonomi Malaysia.

“Antara pengiktirafannya adalah Forum Ekonomi Dunia (WEF) meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-23 paling kompetitif di dunia dan mengikut andaian Bank Dunia, Malaysia berada di ambang yang boleh diiktiraf sebagai negara ekonomi maju dalam beberapa tahun lagi,” katanya lagi kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menerusi jawapan bertulis terhadap soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk MEB. – Malaysian Update

No comments


Loading...
loading...