Header Ads

Najib Angkat Sumpah Ahli Parlimen Pembangkang


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pekan pada sidang Dewan Rakyat penggal ke-14 hari ini.

Ia merupakan momen bersejarah yang menyaksikan beliau buat pertama kali mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen pembangkang.


Loading...

Memetik laporan Astro Awani, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu, Najib berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pekan selepas memperoleh 43,854 undi.

Beliau mengalahkan calon PAS, Ahaitudin Daud yang mendapat 18,995 undi, calon Pakatan Harapan Muhammad Zahid Md Arip yang mendapat 20,299 undi, dan calon bebas Abd Kadir Sainudin yang mendapat 103 undi.


No comments


Loading...